keindahan itu ada di sini...

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang paling baik.

Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Wednesday, November 23, 2011

Aku dan Indonesia...Satu Masa Dulu


sekadar hiasan..(tq En.Google)
Bile semua orang dok bercakap pasal Indonesia & Indonesian aku pun pernah satu masa dulu sangat suke dengan Negara Merah Putih ni. Semuanya bermula masa aku buat diploma dekat UiTM Segamat, time tu kumpulan Dewa(Dewa 19 sekarang) sangat terkenal kat Malaysia. Lagu “Satu” hari2 keluar kat radio ERA, time tu zaman kegemilangan radio ERA, hot fm masih suam2 kuku. Lagu2 Dewa yang lain pun mcm Pupus, Aku Cinta Kau dan Dia, Arjuna & etc sangatlah digemari di Malaysia. Aku punya minat pada kumpulan Dewa dan band2 indon yang lain (Gigi,Padi tp sheilaon7 mang aku x suke) x boleh dibendung lagi. Maklumlah jiwa mude remaja.. Kemuncaknye, time aku ngah wat short course utk subject investment aku ngan member aku dgr kt radio yg dewa nk wat concert kt Malaysia, yg kelakarnye Kamdar(yg jual kain tu) yg bawak masuk Dewa. Tapi time tu x kire dah, dgn duit yg x berape kerat kitorg ade, aku ngan member aku pun pegi konsert tu. Gigih kitorg time tu, da nak exam g konsert Dewa kat Menara KL..(knsert kt Menara KL?klakar kan?) naik bus Cepat Express(bus peberet dulu..) dari Segamat g KL. Hasilnye, konsert mang merapu in term of management, tapi ati aku puas gak. Lepas2 tu aku mule lah minat pada Ahmad Dhani (dulu dia x bnyk issues mcm skang ni), Fadly(vokalis Padi) ramai lah lagi. Everytime ade concert band2 Indon je aku ngan kwn aku (Siti nama dia) mst b’susah pyh pegi. Kalo chatting pun nak cari membe from Indonesia je aku time tu. Cakap Indon pun x jadi masalah dah kat aku..suke punye pasal.  Kat dlm laptop aku pun ade satu Folder Indon…huhuhu dasyat penangan Indon kt aku time tu. Kemuncaknya aku kenal sorg Indonesian yang keje kat Embassy of Indonesia di Mekah..hohoho..this one kritikal jugakla..nasib baik aku tak kawen ngan Indon tu. (kalo x t’kinje2 la aku sokong Indon time bola)Sebab aku ngan dia ala2 suke menyukai gitu..hahaha. Penyakit gile kan Negara Merah Putih ni berlarutan dari aku wat diploma sampaila aku wat masters. Ujung2 masters aku tu baru aku kembali ke pangkal jalan dan tinggalkan semua cerita Indon aku. Kire tu semua zaman jahiliyah aku la.. Habis je masters aku da masuk kategori dewasa so selamat malam tinggallah jiwe remaje yang merapu tu. Merah Putih dalam kenangan je..lately bile di mane2 je orang dok bercakap pasal isu minda kelas ketiga Indonesia ni, aku malas nak komen & go for detail just bace & dengar je la. Tapi kalo kite buat bende yg same, utk balas balik. Maknenye kite semua pun same mcm dorg jugak la. So kalo kite nak balas balik, kite kene guna cara & idea org minda kelas pertama la... Student Indon kat cni ni pun ok je, xpernah plak dorg tanye isu Indo-M’sia dlm klas aku. Baik2 je bdk2 nye, x tau la kalo yg aku aja tu bdk2 junior, sbb tu baik. Hopefully, seme isu negative ni berlalu as time goes by…peace no war..

Sunday, November 20, 2011

Staf saya x boleh pakai jubah..tudung pun xyah labuh2 sgt..

Ni polis wanita kt Iran..amek kaw,polis pun pakai jubah

Semalam aku ade terbace  satu blog ni..dia b’cerita ttg Pengarah baru sebuah Institut Perguruan . Dia seorg pensyarah kt Institut ni bukan student ye..Pengarah t’sebut m’persoalkan cara dia b’pakaian. Dia pakai jubah dan tudung labuh…mula2 Pengarah tu tak bagi staf dia pakai jubah,sbb katanya jubah tu budaya orang arab bukan budaya kita. So, Pensyarah ni pun modified la jubbah dia supaya nmpak ala2 baju kurung..then setel one problem. Lepas tu ade lg cerita pasal pengarah sengal ni..pada hari pensyarah ni nak sah jawatan dia masuk bilik pengarah tu (aku x pasti plak pengarah ni lelaki or p’puan), lps b’bual2 kambing dgn pengarah tu, bole plak pengarah tu tny dia,

”awak dr jabatan pendidikan islam ke?”Pensyarah ni pun jawab..”xlah..sy dr jabatan matematik”..Pengarah plak balas..”owh..pastu kenapa pakai tudung labuh?pakai tudung tutup dada pn dah cukup..”Pensyarah ni pun dah menyirap je..pastu balas balik..”originalnya sy memang macam ni”

Penyabar pensyarah tu..kalo aku la yg b’depan dgn pengarah sengal mcm tu, mau aku dah sekolahkan org tua tu..huhu..Pada aku sepatutnya pengarah tu (nama pun pengarah mstla sgt knowledgable kan?) tau bezakan budaya dengan agama. Memang jubbah tu budaya org arab, dan kalo di Arab sana org yg pakai jubbah ni ade kategori dia, ada jubbah utk org alim, ade plak jubbah utk org jahil. Tapi kita kan di Malaysia ni..kita kat sini xde kategori mcm tu. Lagi satu da mmg sah2 pensyarah tu berjubah dan b’tudung labuh utk agama bukan utk budaya. (Geram plak aku ngan pengarah tu..). Tu pasal jubbah..yg pasal tudung tu plak, da elok2 org tu pakai tudung labuh, dia bole pulak suruh tukar..dia tak suruh sebenarnya…tapi ke arah tu la..harap2 x ramai la org mcm pengarah sengal ni kt atas dunia ni..Kalo kita x mampu nak buat baik mcm org lain, kita sokongla apa yg org lain tu buat kan?...:)

Wednesday, November 16, 2011

Puan Fatin a.k.a Encik Fazdil..Transgender Yg Makan Diri

Cerita ni mmg dah lame, mungkin ada yg masih igt, mgkin jugak dah lupe. Atau mungkin jugak ade yg x pernah tau. Hari ni, aku t’panggil utk membuat entry ni.

Ogos 2006, Ian Young, 27 seorang lelaki normal (straight) dari Derby (UK) berjalan masuk ke Starbucks KLCC dan duduk di sebelah seorang WANITA cantik yang berumur 33 tahun. WANITA tersebut adalah seorang LELAKI asalnya yang bernama MOHAMMED FAZDIL MIN BAHARI,(sgt maskulin namanye). Merupakan seorang make-up artis, yang dikenali dgn nama FATIN yang telah dibuang keluarga. Dalam bahasa mudahnya WANITA ini adalah seorang LELAKI yg telah mengalami transgender dgn menelan pil hormone dgn bnyknye. Transgender juga boleh didefinasikan sebagai..

  … a woman in living in the body of a man; and has breasts (through taking female hormones and/or breast implants), and male genitalia. In most cases, he lives full time as a woman..

Dalam kes Fatin aka Fazdil ni, dia da start amek  pil hormone sejak umur 17 tahun lagi..ce kire bape lame dia consumed pil hormone tu?harusla si Ian tu bekenan sgt. Pada Ian, Fatin adalah seorang wanita normal yang sangat sempurna dan cantik. (wahh…gitu..) . Ce bace mcm mane first impression & first conversation dorg ni.

We started talking … when she got up to leave I asked for her number. That’s when she said she might not be what I was looking for and that she was actually a transsexual. I just said, ‘Oh’ and blushed with embarrassment. But for some reason I wasn’t put off. I’d never met a transsexual before and my instinct was that I liked Fatine. Even if it was just as friends, I wanted to meet her again. It just felt right. My first impression in the coffee shop was that Fatine was a woman. If she happened to have male sex organs then that was some sort of birth defect. I never thought of her as a man. (last 2 sentences ni mmg agak m’gelikan hati aku..betol la cinta tu bute..)
2 days after the first meeting, they met again and kissed. They then met two more times before deciding they were in love with each other.

October 2007, dorg dgn bangganya mengesahkan utk mengubah status from ‘open r/ship’ kpd ‘in r/ship’. Akhirnya mereka telah berkahwin dgn jayanye pada May 2009 di UK. Beberapa bulan selepas perkahwinan yg sgt m’bahagiakan tu bermule lah kehidupan yg sgt semak dan stress utk Fatin aka Fazdil ni. Kenapa?...sbb dia da x bole stay di UK, visa dah expired. Nak renew pun x boleh sbb muke dia sekarang x same dgn muke asal tu. Jgn main2 dgn gamba passport ye…2 kali dia apllied, tp dua2 pn rejected. Akhirnye Fatin kene pulang ke tanah air t’cinta..Malaysia. Maka b’mula kisah hidup Fatin sbg most femes transgender in da world. Sampai dia s’dri takut utk blk ke M’sia sbb memikirkan hukuman yg akan dikenakan. Malaysia jugak tlh mengumumkan Puan Fatin kite ni dah memalukan Negara kita..Fatin oh Fatin…The rest korg google la s’dri.Panjang lebar kesah Puan Fatin aka Encik Fazdil ni. In conclusion, kalo kite ade kenal dgn manusia special  mcm ni jgn la sokong je ape yg dorg buat. Sbb mereka jugak mungkin akan mengalami masalah yg same dgn Puan Fatin ni. Cukupla dgn ape yg tlh t’jadi pd Aleesya dulu, transgender… akhirnya ape pun x boleh..huhu.
Ni la dia..WANITA cantik tu..

Yea..da kapel..:)

Di kala b'debar2..

yeah..it's done..:)

Cinta itu Bute....:(

Monday, November 14, 2011

GAY, LESBIAN, BISEKSUAL & TRANSGENDER...perlu ke kite sokong mereka?


SEKSUALITI MERDEKA 2011 tiba2 menjadi isu besar di kalangan kita kebelakangan ini. Padahal sebelum2 ni, SEKSUALITI MERDEKA berjalan dengan lancar. Mungkinkah selama ni kita tidak begitu perihatin hingga membiarkan saja, acara tahunan ini berlangsung dengan jayanya. Sedang kita menentang acara tahunan ini, masih ramai yang menyokong. Dan amatlah pasti sekali antara yang menyokong adalah golongan GAY, LESBIAN, BISEKSUAL & TRANSGENDER. Antara kandungan di blog SEKSUALITI MERDEKA ADALAH
Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar. Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
So macam mana tu?macam2 hal la sekarang ni. Bukan ke Islam tu indah dan kita semua dah diberikan guideline untuk follow. Tak payah susah2 nak fikir dan innovate peraturan kita sendiri, Allah dah bekalkan kite siap2. Bukan kite nak b’musuh2 dan b’diskriminasi tapi kalo event mcm ni terus b’leluasa maknanye kite menyokong perkara yang sememangnya b’tentangan dgn fitrah Islam. Betul x? Kalo org2 yang menentang pulak disalahkan, maknanya, GAY, LESBIAN, etc…tu semua tak salah la kan? Ape lah nak jadi dgn golongan special ni, ayuh…bukakla mata, bukakla hati.
Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasangannya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.
Firman Allah swt:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri,  supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah ar Ruum: ayat 21)
 
Gambar kt bwh ni mmg agak basi dan dah lama..tahun 2008 kot..Tp ni semua b'laku di tempat kita.  Mainkan la peranan kite semua, supaya p'kara ni tak b'laku dan tak jadi perkara common yg seterusnya di negara kita.
Sgt meloyakan...huhu..nk nanges...

xmo komen dah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...