Alhamdulillah aku, suami & ayah aku selamat mengerjakan
umrah 22/12/2014 - 5/1/2015..tak sangka hajat nak tunaikan umrah sebelum umur
30 tahun tercapai. Dari KLIA kami naik saudia flight ke Jeddah. From Jeddah
naik bas 7 jam ke Madinah. Perjalanan yang memenatkan. Sampai di Madinah kami
terus ke hotel then berehat..seterusnya ke Masjid Nabawi untuk solat. Allah je
yang tau perasaan kami bila Nampak masjid Nabawi dengan cuaca yang sejuk, sebab
bulan 12 mmg musim sejuk kat sana.
Selama 3 hari kami di Madinah, syukur sebab aku sempat solat dan berdoa
di dalam raudhah sebanyak 2 kali. Walaupun dengan keadaan bersesak sesak dan
bertolak-tolak, tercapai jugak hajat nak solat didalam salah satu syurga Allah
tu.
Di Madinah kami melawat ke Masjid Quba, solat di sini
pahalanya seperti membuat satu umrah. Kami ke ladang kurma dan tempat tempat
bersejarah yang lain. Keadaan di Madinah memang sangat damai dan menenangkan. Selesai
solat zohor pada hari yang ketiga kami bergerak ke Mekah dengan menaiki bas. Kami
singgah bermiqat/berniat umrah dan meneruskan perjalanan ke Mekah. Kami melalui
perjalanan yang agak panjang. Kami solat jamak zohor & asar di Madinah dan
solat maghrib & isyak di R&R dalam perjalanan ke Mekah. Keadaan R&R
di sini sangat menyedihkan. Membawa bekal makanan dan air untuk ambil wudhuk
dan buang air sangat membantu. Boleh dikatakan R&R di Malaysia pada 20
tahun lepas adalah lebih baik berbanding di sana.
Kami sampai di Mekah lebih kurang jam 2.30 pagi. Kami naik
ke hotel dan bersiap untuk menunaikan umrah yang pertama. Dengan keadaan umat Islam yang ramai dan
padat, kerana hari khamis malam Jumaat memang orang Arab akan ke Mekah untuk
menunaikan umrah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami selesai
menunaikan umrah lebih kurang jam 4.30pagi. Kami kembali ke hotel dan bersiap
untuk solat subuh. Alhamdulillah selama 9 hari kami berada di Mekah semua nya
berjalan lancar. Sama seperti di Madinah kami di bawa bermiqat di beberapa
masjid dan melawat ke tempat bersejarah di Mekah. Keadaan di Mekah tidak
seperti di Madinah. Ternyata di Madinah keadaannya lebih tenang. Begitu juga di
Masjid Nabawi keadaannya lebih tenang, lebih tersusun dan lebih bersih dari
Masjidilharam. Mungkin kerana proses renovation yang terlalu banyak membuatkan
ruang solat menjadi terhad yang memerlukan Jemaah sentiasa berebut. Terutamanya
untuk Jemaah wanita, ruang solatnya terlalu sedikit. Habuk dan keadaan tanah
yang basah dek kerana renovation membuatkan masjid menjadi kurang bersih.
Semoga proses renovation ini selesai dengan cepat menjadikan semuanya lancar.
Dan memberikan lebih keselesaan kepada Jemaah.
Di Mekah kami tidak banyak membeli belah kerana kami sudah
membeli jubbah dan kurma di Madinah. Fokus di Mekah adalah untuk beribadat,
kedudukan hotel yang berdepan dengan Istana dan tidak jauh dari masjid memberi
kami peluang untuk kemasjid untuk setiap waktu solat. Selalunya kami akan ke
masjid pada waktu subuh, kembali ke hotel untuk sarapan pagi. Kemudian ke
masjid lagi pada waktu zohor dan kembali ke hotel untuk makan tengah hari.
Namun, apabila ke masjid pada waktu asar kami akan terus berada dimasjid
sehingga selepas solat isyak. Begitulah rutin kami di Mekah. Jika kami ingin
menunaikan umrah tanpa dibawa oleh mutawif, kami akan bermiqat selepas solat
subuh dan akan selesai umrah sebelum solat zuhur.
Sukar nak digambarkan perasaan ketika di Mekah, fokus hanyalah
untuk beribadah. Perasaan terlalu berharap kepada Allah terlalu besar. Kepercayaan
kepada konsep banyak memberi banyaklah yang kita akan menerima terlalu menebal.
Kadang kadang terfikir, kenapa di tanah air sendiri diri dan jiwa ni tak seperti
keadaan di Mekah dan Madinah? Mungkin inilah kelebihan tanah haram, tidak
tercemar dengan dosa dan noda, membuatkan hati hati dan jiwa jiwa yang berada
buminya tenang setenang tenangnya.
Belanja la gambar sekeping :) |
9 hari berlalu dan kami meninggalkan kota Madinah dan Mekah
dengan perasaan yang sangat sayu. Biarpun hanya didalam perjalanan ke Airport
Jeddah sudah berasa kehilangan kerana akan pulang ke Malaysia. Dek kerana
terlalu lama menunggu untuk flight kami jam 2.30pagi..aku sempat tidur di atas
kerusi menunggu. Keadaan airport yang kecik, surau yang terhad tanpa tempat
mengambil wudhuk memang sangat tidak selesa. Toilet nya pulak, sangat
menyedihkan dan kotor. Aku pun tak faham, sebuah Negara yang kaya dengan hasil
minyak tapi tak menyediakan kemudahan asas yang penting sedangkan airport
tersebut adalah tumpuan dan sentiasa menerima kunjungan untuk musim umrah yang
sekurang kurang 4 kali setahun adalah peak period. Service staf airport jangan
cakaplah..sangatlah slow. Rasanya kalau di Malaysia, memang masak lah staf tu kene
komplen. Apa nak buat tempat orang, suggestion box pun takda. Terimalah
seadanya.
Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan kami
selamat tiba di klia. Memang seronok bila sampai di tempat sendiri, dapat ke
toilet yang bukanlah bersih sangat tapi masih ditahap boleh diterima jika
dibandingkan dengan airport di Jeddah. Sampai je, terus en.suami berhajat untuk
menunaikan umrah lagi dan kalau boleh kami nak tunaikan haji sebelum umur 50
tahun. Bukan apa, kesian tengok orang tua yang menunaikan umrah, mereka Nampak penat
dan kurang stamina. Kalau tunaikan haji lagilah penat, especially untuk
aktiviti melontar. Sebab tu lah kita kena tunaikan haji diusia muda. Insya
Allah dipermudakan urusan dan hajat kita semua.
Sebagai penutup, kami menunaikan umrah menggunakan khidmat Syarikat
Rayhar. Alhamdulillah servisnya memang bagus. Highly recommended untuk uolls
diluar sana untuk menggunakan khidmat nya.