keindahan itu ada di sini...

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang paling baik.

Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Wednesday, October 12, 2011

Bihun Tomyam Dengan Rasa Cinta

Semalam da selamat dgn buhun goreng putih,campak 4 biji je cabai mlaka time blend tu...tp pedas berapi..pedas2 pun sedap. Hari ni nk abeskan balance bihun yg x masak lg tu..nk wat bihun tomyam plak.biasanye kalo bihun or mee sebungkus mang 2 kali masak..

Bahan2nye....

3 ekor sotong (Dipotong bulat)

6 ekor udang (Dibersihkan, jgn lupe buang "najis" udang kt atas blakang dia tu)
2 batang Serai (Diketuk)
2 helai Daun Limau Purut
2 keping Asam Keping
1 biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
3 ulas Bawang Putih (Diketuk)
1/2 inci Halia (Diketuk)
1/2 batang Lobak Merah (Dihiris bentuk bunge..hehehe.. cantekk)
3 batang Baby Corn aka ketiak jagung (Dibelah memanjang)
1 biji Tomato (belah 6 je)
1/2 peket Bihun
Sedikit Daun Ketumbar(x mo pun bley..sbb ade bau kan)
Sedikit Daun Bawang
Sedikit Bawang Goreng
2 kiub Tomyam  or 1 pes Tomyam
2 sudu Sos Ikan (Sos Nampla)
Sedikit Garam (Secukup rasa)

Cara2nya:

1) Tenggekan air panas dalam periuk
2) Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut & halia ke dalam air yang telah panas (menggelegak).

3) Masukkan kiub tomyam tadi. Dan kemudian masukkan garam dan Sos Ikan tadi.

4) Kemudian masukkan sayuran seperti lobak merah, baby corn & tomato.

5)Tunggu hingga sedikit lembik baru masukkan Sotong & Udang ke dalam periuk tersebut.

6) Sesudah mendidih tutup api dan hidangkan bersama daun bawang, daun ketumbar & bawang goreng tadi. Sedia untuk di makan bersama keluarga

7) Bihun rendam awal2 lg.bile nak mkn baru campor ngan kuahnye..kalo x, nnt dia lembik x sedap..

So mlm ni masak dgn penuh rasa cinta k...oh ya..lagi satu ade sorg makcik pesan kt aku time masak bnykkan zikir "Ya Wadud" supaya org yg mkn masakan kite sayangkan kite.

Pic from Google





Tuesday, October 11, 2011

Bihun aka Mee Kurus Goreng Putih

Pic From Google
This is today's recipe...going to cook tonite...Encik Suami, bila nk start mkn nsk balik ea?...

Bahan-bahan:


1 bungkus bihun (direndam 1-2 jam)

2 ulas bwg putih

2 sudu besar sos tiram

2-3 sudu besar air asam jawa

garam

gula

myk utk menumis

Bahan-bahan A: (dikisar)

Segenggam ikan bilis

6-8 biji cabai melaka

1 labu bwg besar


Bahan-bahan B:

10-15 btg kcg buncis(dihiris nipis dan menyerong)

1 btg carrot (dipotong jadi mcm btg mancis tapi tebal sket)

udang (air udang akan menyedapkan lagi bihun nih)

sotong

ayam (dipotong kecil2)


Cara membuat:

1. Panaskan minyak. Tumis bwg putih hingga naik bau dan masukkan bahan A, masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan udang/sotong/ayam.

3. Masukkan sos tiram, air asam jawa, gula dan garam.

4. Bila bahan tadi agak masak, masukkan bihun, kcg buncis, carrot dan gaul sebati. masukkan secawan air atau lebih utk masakkan bihun tadi.

5. Bila bihun dan sayur tadi dah masak, buleh hidangkan dgn bwg goreng, cili potong dan daun bawang.

Makan sampai menyandor ler jawabnye......:)




Monday, October 10, 2011

Mee Kungfu Penuh Kasih Sayang

Tibe2 Encik Suami annouced yg dia xmo mkn nasik lg da utk dinner..Start from last nite..Smlm aku goreng mee je. Malam ni rasenye wat mee kungfu la..one of his peberet gak tu.. so this is the recipe...

Bahan A


500 gm mee kuning

5 biji telur [ dipukul smpai mati..hahaha]

Bahan B

100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh

2 kepingan dada ayam -hiris kecil

1 biji panjang fish cake potong nipis

6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah

5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk

100 gm sawi cina-potong kecil

100 gm bunga kobis -dipotong kecil

100 gm carrot -potong kecil dan memanjang

5 tangkai jagung kecil-hiris serong

2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung

2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air

3 cawan air

1 kiub ayam

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar lada sulah

1 sudu besar kicap cair-akak tambah

garam

minyak

tambah bawang goreng dan daun sup/bawang di hiris

Cara-cara

1. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam buat telur dadar. (jgn lupe penuh kasih syg..)


2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.


3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.


4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.


5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel. (juga penuh ksh syg)


5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.


6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


8. Taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang
 

Then bole la makan...

Pic From Google


Friday, October 7, 2011

Mari Kita Bersihkan Hati...

Hari ni aku rase nak share info yang sgt b'guna sebagai seorang khalifah di atas bumu Allah ni..Hari ni hati rasa sayu je bila mengenangkan hubungan aku dgn Allah..Rasa jauh dan sayup je dgn Nya..kelalaian selama ini yang membuatkan aku jauh dariNya.Ya Allah...terima kasih kerana kasih sayangMu kepadaku.Ya Allah aku mohon ampun diatas kelalaian aku selama ini...(hati aku betol2 sayu ketika ini)

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir


Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?

Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.

1.Bersyukur dengan kurniaan Tuhan


2.Beribadat dengan benar dan seikhlas hati


3.Berakhlak baik


4.Menimba ilmu tanpa henti


5.Bekerja keras cara bijak


6.Bersederhana dalam hidup

 
7.Ringan tangan membantu sesiapa sahaja

8.Memaafkan orang lain

Sekiranya sahabat lain ingin berkongsi tips masing-masing, boleh kongsikan di bahagian komen.

- Artikel iluvislam.com


Thursday, October 6, 2011

Beli Rumah?

Aku & Encik Husband dah booked umah teres 2 tingkat (20 x 70) dekat Kotaseriemas, Sepang. Kalo dengar mmg agak jauh. Lokasinye adalah tidak jauh selepas F1 Sepang Circuit..Pada aku itu lokasi yang agak strategik utk aku & suami sbb aku bekerja di Cyberjaya, dia plak b'dekatan dgn KLIA. Aku harap semuanya b'jalan lancar. Harapan kami untuk beli rumah seblom umo 30 akan t'capai.InsyaAllah.Pihak bank dah bagi tau yang semuanye b'jln lancar setakat ini.
Hari sabtu lepas kami (aku & encik suami) ke opis developer di Sepang untuk memilih lot.Alhamdulillah kami sempat dengan lot bumi so save RM 30k. Bagaimana prosesnye?

1. datang ke PNBdevt opis di Kotaseriemas
2.bayar booking fees RM 2000 (if cancel only 50% can be refunded, equal to RM 1000)
3.Look for financial sources (kalo wat loan, kene setel ngan bank la)
4.If evrything ok, bank akan direct contact ngan developer.
5. process seterusya akan b'mula

Ciri2 Rumah:
1. Teres 2 tingkat (4 bilik, 3 bilik air)
2. Price: RM 252 888(bumi), RM 280 000(non bumi), RM 323 000(corner lot bumi)..non bumi x igt plak
3. Developer : PNB Development

Facility:
1. masjid
2. Sekolah
3.Post Office
4.Maidin
5. Near to Golf Club

website; http://www.pnbdevt.com/



Wednesday, September 28, 2011

Suara...Rasa...Hati

Mengapa marah pada rasa..


Sedang rasa bukan sesiapa..

Mengapa terus memuja hati


Sedang diri tak punya hati

Wahai diri...kata hati


Jauh aku dari rasa


Pencil malam kerna kelam


Namun pangeran tetap memuja


Ada cinta dalam rasa


Ada hati dalam diri


Ada cahaya dalam kelam


Tenggelami suram semalam


Terima kasih rasa...


Kerna tak tinggalkan hati sendiri..


Jauh kau tinggal sepi


Melewati hari hari mati..


(karya:mahadewibiru)



.

Monday, September 26, 2011

Cinta hatiku..Nyawaku..Lina...

 Kali pertama aku melihat dia, hati kecilku berdetik “alangkah indahnya jika aku menjadi teman lelaki dia”.

“ Ni kawan sebilik aku, Lina.” Terang rakanku “Hai Lina..”. Dia senyum je. “Cis! Comelnya budak ni”. Rungut hati kecilku. Aku mendapatkan nombor telefon Lina dari kawan ku.

Aku bertanya kepada rakanku tentang status Lina. Jawapannya mengecewakan aku, Lina sudah ada teman lelaki. Aku menghantar sms bertanya khabar Lina . Namun, Lina langsung tak membalas sms aku. Aku terus mencuba, apa lah sangat setakat 1 sms, 10 sen. Kali ni usaha aku berjaya.Lina membalas sms aku. Langkah seterusnya ku atur, untuk menegur Lina. “Takkan kau nak pikat Lina, dia ada teman lelaki dah”. Teman serumah memerli aku. Setahun hampir berlalu, akhirnya aku dapat menjadi kawan baik Lina.

Mungkin pada orang lain aku lelaki bodoh, yang sanggup mengorbankan perasaan sendiri untuk Lina. Aku jatuh cinta, ketika pertama kali aku melihat Lina. Tetapi Lina begitu sayang dan cintakan orang lain. Biarlah apa yang orang mahu katakan, hati aku puas bila aku dapat bersama dan berkongsi masalah dengan Lina sebagai seorang kawan baik. Teman lelaki Lina bekerja di Singapura, mereka selalu berjumpa di Kuala Lumpur. Setiap kali mahu ke Kuala Lumpur, akulah yang akan menghantar Lina ke perhentian bas. Akulah yang akan mendengar luahan perasaan teruja Lina setiap kali mahu bertemu dengan lelaki yang dicintainya. Setiap kali itu jugalah aku akan pulang ke rumah dengan perasaan kecewa dan marah. Kenapa mesti aku jatuh cinta pada teman wanita orang lain?

Pernah hatiku hancur apabila melihat gambar-gambar Lina dengan teman lelakinya itu di dalam laptopnya. Hanya Tuhan yang mengerti perasaan ku ketika itu. “Lina, saya cintakan awak” Aku beranikan diri untuk berterus terang dengan Lina. “Saya mintak maaf, memang saya sayangkan awak, tapi tak lebih dari seorang kawan, kalau saya jumpa awak sebelum teman lelaki saya, saya akan pilih awak”. Jawapan Lina cukup menyentap perasaan aku. Walaupun aku sudah jangkakan jawapan itu. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Lina. Aku menukar nombor telefon agar Lina tidak dapat mencari aku lagi. Lima tahun berlalu, ingatan aku pada Lina tak pernah padam. Hati aku menjadi sakit, marah dan kecewa setiap kali terkenangkan Lina. Perasaan cinta aku pada Lina tak pernah hilang walaupun selepas lima tahun tidak berjumpa dan terputus hubungan. Mungkinkah Lina sudah berkahwin dengan teman lelaki nya dulu?. Akhirnya, selepas lima tahun, aku terjumpa Lina di “Facebook” dan kami bersetuju untuk berjumpa. “Yes!”kata ku di dalam hati bila Lina memberitahu yang teman lelakinya dulu sudah berkahwin dengan perempuan lain dan Lina sekarang sudah tidak punya lelaki lain. Kami terus berkawan seperti dulu, kali ini, aku berjanji pada diri sendiri untuk tidak pernah melepaskan Lina seperti dulu lagi. Aku memperkenalkan Lina ada ibu bapa ku. Ibu dan bapa ku pula menyangka Lina adalah teman wanita ku. Mereka sangat menyukai Lina, sememangnya Lina memang pandai mengambil hati orang tua. “jom kita pergi tengok Teater Cuci Muzikal” sms Lina kepada aku. Aku bersetuju dan pergi membeli tiket kerana aku sudah nekad untuk melamar Lina menjadi teman wanita aku selepas menonton teater itu.

Akhirnya, cinta yang 5 tahun aku tunggu menjadi milik aku, bila Lina bersetuju menerima aku dan sudi mencintai aku. Cinta kami menjadi lebih bermakna apabila Lina bersetuju untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak aku. Dengan persetujuan keluarga, 10 Julai 2010 kami mengikat tali pertunangan. Janjiku pada diri untuk tidak meninggalkan Lina akan ku pegang sampai mati. Kami bersepakat tarikh pernikahan kami adalah pada bulan Jun 2011. Sekali lagi, nasib menyebelahi aku, apabila aku dan Lina diumumkan sebagai pemenang ketiga pertandingan Gerbang Cinta anjuran Utusan Malaysia. Kami memenangi tajaan perkahwinan yang akan dilangsungkan pada awal Mac 2011. Akhirnya, pada 6 Mac 2011 majlis perkahwinan kami berlangsung meriah sekali. Majlis resepsi pula berlangsung ada 2 April 2011. Dan hari ini, aku merupakan suami kepada wanita yang aku dulu menagih dan menunggu cintanya selama lima tahun. Hari ini juga, Lina menganugerahkan aku seorang anak yang bakal lahir pada hujung tahun ini kerana Lina disahkan mengandung 5 minggu. Ya Allah, dugaan yang Kau berikan dulu untuk aku tanggung selama lima tahun telah Kau balaskan dengan kegembiraan yang akan kekal selama hidupku. Lina, kaulah isteriku, nyawaku, cintaku dan duniaku. Terima kasih Tuhan di atas anugerah yang tak terhingga dan tak terucap ini.

Saturday, September 24, 2011

GAMBO RAYE....

Syawal da nk abes..tp aku br t'jumpe gambo raye ni..hurm,first year beraya sebagai isteri.teruja jugakla.pastu kene balik 2 kampong plak tu. First n second raye kat jengka.then balik kelantan..mcm gler aku dlm kete..jauh gler..dgn jamming dia..uuuuuhaiiiii...
Dah nak ujung2 syawal ni ramai plak yg wat open house pastu ramai jugak kwn2 kawen..pulun la arini..everyweekend mst x dok umah..ade je xtvtnye..arini start ngan open house...then wedding...pastu open house balik...pastu....bla...bla...


Friday, September 23, 2011

New Job..New Life..

Almost a month aku kat tempat keje baru ni...LimKokWing University such a gud place actually..Alhamdulillah..aku hepi dgn life baru ni.Aritu awal2 aku drive g keje,skang da carpoor ngan encik husband,nk jimat katenye.alahh..mmg jimat pun sbb kami keje satu jln je.so pagi2 aku dah kene kuar,even aku masuk 8.30am, 7.30am aku da smpai.kene kuar awal sbb en.husband msk keje kol 8.
Opismate plak sgt happening..everimonin' akan ade meeting about 10 minutes..arini pg2 kitorg da nyanyi lagu beday..ade 3 org yg bday dorg arini..Keje kt cni x bnyk...seminggu ngaja 12 jam je..cume skang bnyk cket sbb aku kene aja modul Anglia Ruskin University(ARU)..tp student x ramai pun.sekelas less than 10..senang ati aku..:)
hopefully afterthis seme b'jln ngan lancar...

Monday, January 31, 2011

Vetting oh Vetting

hari ni second day vetting soalan di UiTM Machang..cuaca masih sama seperti semalam.hujan renyai almost tak berhenti. Hari pertama kami sampai semalam, agak kelam kabut kerana tiada satu pun signage yang membantu kami di dalam kampus untuk ke tempat vetting. Hari kedua semuanya ok...

Semalam kami sempat ke wakaf che yeh..shopping sakan..perbezaan harga begitu ketara. In term of kualiti ada yang lebih berkualiti tak kurang juga ada produk yang kurang berkualiti jika dibandingkan dengan di tempat lain. Tapi sesuailah dengan harganya. Banyak juga hasil semalam, clear lah duit dalam purse tu...:)Especially batik, sangat murah jika dibandingkan dengan di Pahang.

Apa2 pun kami masih berharap kami dapat ke tempat shopping lain pulak..:)habiskan duit yang mana ada...pastu balik Pahang melopong..hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...