keindahan itu ada di sini...

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang paling baik.

Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Friday, May 15, 2015

Janji Allah itu Pasti..Berjaya Preknen Selepas Hampir 4 Tahun Menunggu

Alhamdulillah..itu je yang mampu aku ucapkan setelah hampir 4 tahun menunggu akhirnya Allah memberikan aku peluang untuk mengandung lagi setelah keguguran kandungan pertama diawal perkahwinan dulu.
Ramai yang Tanya macam mana boleh mengandung?jawapannya mudah..semuanya perancangan Allah. Tetapi memang tidak dinafikan aku & suami memang tak pernah putus asa berusaha. Yakinlah janji Allah itu pasti.
Lepas kawen tahun 2011 dulu aku terus mengandung tapi keguguran masa 8 minggu..time tu memang aku & suami ok je dan menunggu rezeki seterusnya. Setahun menunggu aku belum preknen kami ke klinik ibu mengandung biasa dan mengambil clomid untuk 6 cycle. Tetap tak Berjaya kami pergi pula ke Pusat Rawatan Islam Azzahra Bangi..suami membuat sperm counting dan aku pulak teruskan ambil clomid. Doctor ada menyatakan “Rahim awak jauh ke belakang”..thats it..pastu dia x advise ape2 pun. Pada aku doctor tu memang take for granted patient dia. Hampeh punye service dah ler bayar mahal kat situ. So not recommended..aku jugak buat HSG di KPJ Kajang. Itu semua usaha untuk tahun 2012.
Tahun 2013 memang kami wat lek wat peace je..penat ler..so this year kami focus on jalan2 je. Then masuk tahun 2014..ok aku da start rimas bila sana sini orang dok bertanya bile nak bertiga .At one time aku sampai jawab..”ingat anak tu boleh order je ke?then ade orang wat delivery kat tingkap umah?”..ohhh im so marah man…
So dalam bulan Januari 2014 usaha diteruskan lagi..call klinik dr.hamid arshat..Alhamdulillah dapat appointment date bulan 5..5 bulan waiting time..dasyat dr.hamid mesti meremut patient dia. 1st appointment b’jalan dengan lancar. Banyak process Berjaya di skip sebab dah buat masa kat azzahra yang servis tak best tu. Then bulan August 2014 aku went thru laparoscopy operation dekat Pantai Medical Centre Bangsar. It just a simple operation ramai orang buat termasukla Scha Alyahya(bagi contoh Scha sbb ramai org kenal..). Dr Hamid boleh buat operation ni sambal makan kacang je..hehehe..ye la umor dia dah nak masuk 70..just imagine berapa lama dia buat keje2 ni sume.
Lepas operation aku melalui proses pantang yg biasa2 je..dan menjalani kehidupan macam biasa. According to Dr. Hamid after operation aku x perlu amek clomid or ape2 ubat subur sebab normally within 3 to 6 month patient dia akan naturally preknen. Untuk kes aku, after 3 months masih x conceive. Bulan 11 aku pegi balik jumpe Dr. Hamid sbb nak amek ubat tahan period untuk pegi umrah bulan 12. Doc ade bagi clomid juga..aku kene amek clomid lepas balik dari umrah. Tapi doc sempat b’gurau “selalunya patient dia yang pegi umrah, balik umrah terus preknen”..harapan tu sume doc..huhu..
Masa kat mekah aku memang sesema tahap idung nak t’cabut & keluar spotted colour coklat. Nasib baik aku dah lepas buat 1 umrah. Demam teruk aku kat sana & bole rasa x sedap badan yang lain macam. Time tu aku memang dah yakin aku preknen. Bile spotted kaler coklat tu dah abes aku pun buat umrah mcm biasa. Masa nak buat sa’ei memang aku doa kalo betul aku preknen semoga Allah lindungi aku & kandungan aku. Masa sa’ei tu memang aku kene langgar dengan wheel chair sampai berdarah betis aku..huhu..aku siap nanges depan orang ramai yang amat tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Balik je Malaysia bedesup aku check pregnancy test..itulah hasilnya.. 
Alhamdulillah rupenya kat mekah tu aku dah mengandung 5 minggu. Now dah nak masuk 24 weeks(6 bulan). Baby membesar dengan sihat..bunde nye pun membesar dengan pesat. In sya Allah baby lahir 7/9/2015. This baby is so strong & so special. So to my dear kat luar sana.. yang masih belum preknen ingatlah janji Allah itu pasti.

Friday, March 20, 2015

Selamat Menunaikan Umrah, Tercapai hajat yang pertama untuk 2015

Alhamdulillah aku, suami & ayah aku selamat mengerjakan umrah 22/12/2014 - 5/1/2015..tak sangka hajat nak tunaikan umrah sebelum umur 30 tahun tercapai. Dari KLIA kami naik saudia flight ke Jeddah. From Jeddah naik bas 7 jam ke Madinah. Perjalanan yang memenatkan. Sampai di Madinah kami terus ke hotel then berehat..seterusnya ke Masjid Nabawi untuk solat. Allah je yang tau perasaan kami bila Nampak masjid Nabawi dengan cuaca yang sejuk, sebab bulan 12 mmg musim sejuk kat sana.  Selama 3 hari kami di Madinah, syukur sebab aku sempat solat dan berdoa di dalam raudhah sebanyak 2 kali. Walaupun dengan keadaan bersesak sesak dan bertolak-tolak, tercapai jugak hajat nak solat didalam salah satu syurga Allah tu.

Di Madinah kami melawat ke Masjid Quba, solat di sini pahalanya seperti membuat satu umrah. Kami ke ladang kurma dan tempat tempat bersejarah yang lain. Keadaan di Madinah memang sangat damai dan menenangkan. Selesai solat zohor pada hari yang ketiga kami bergerak ke Mekah dengan menaiki bas. Kami singgah bermiqat/berniat umrah dan meneruskan perjalanan ke Mekah. Kami melalui perjalanan yang agak panjang. Kami solat jamak zohor & asar di Madinah dan solat maghrib & isyak di R&R dalam perjalanan ke Mekah. Keadaan R&R di sini sangat menyedihkan. Membawa bekal makanan dan air untuk ambil wudhuk dan buang air sangat membantu. Boleh dikatakan R&R di Malaysia pada 20 tahun lepas adalah lebih baik berbanding di sana.

Kami sampai di Mekah lebih kurang jam 2.30 pagi. Kami naik ke hotel dan bersiap untuk menunaikan umrah yang pertama.  Dengan keadaan umat Islam yang ramai dan padat, kerana hari khamis malam Jumaat memang orang Arab akan ke Mekah untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami selesai menunaikan umrah lebih kurang jam 4.30pagi. Kami kembali ke hotel dan bersiap untuk solat subuh. Alhamdulillah selama 9 hari kami berada di Mekah semua nya berjalan lancar. Sama seperti di Madinah kami di bawa bermiqat di beberapa masjid dan melawat ke tempat bersejarah di Mekah. Keadaan di Mekah tidak seperti di Madinah. Ternyata di Madinah keadaannya lebih tenang. Begitu juga di Masjid Nabawi keadaannya lebih tenang, lebih tersusun dan lebih bersih dari Masjidilharam. Mungkin kerana proses renovation yang terlalu banyak membuatkan ruang solat menjadi terhad yang memerlukan Jemaah sentiasa berebut. Terutamanya untuk Jemaah wanita, ruang solatnya terlalu sedikit. Habuk dan keadaan tanah yang basah dek kerana renovation membuatkan masjid menjadi kurang bersih. Semoga proses renovation ini selesai dengan cepat menjadikan semuanya lancar. Dan memberikan lebih keselesaan kepada Jemaah.

Di Mekah kami tidak banyak membeli belah kerana kami sudah membeli jubbah dan kurma di Madinah. Fokus di Mekah adalah untuk beribadat, kedudukan hotel yang berdepan dengan Istana dan tidak jauh dari masjid memberi kami peluang untuk kemasjid untuk setiap waktu solat. Selalunya kami akan ke masjid pada waktu subuh, kembali ke hotel untuk sarapan pagi. Kemudian ke masjid lagi pada waktu zohor dan kembali ke hotel untuk makan tengah hari. Namun, apabila ke masjid pada waktu asar kami akan terus berada dimasjid sehingga selepas solat isyak. Begitulah rutin kami di Mekah. Jika kami ingin menunaikan umrah tanpa dibawa oleh mutawif, kami akan bermiqat selepas solat subuh dan akan selesai umrah sebelum solat zuhur.

Sukar nak digambarkan perasaan ketika di Mekah, fokus hanyalah untuk beribadah. Perasaan terlalu berharap kepada Allah terlalu besar. Kepercayaan kepada konsep banyak memberi banyaklah yang kita akan menerima terlalu menebal. Kadang kadang terfikir, kenapa di tanah air sendiri diri dan jiwa ni tak seperti keadaan di Mekah dan Madinah? Mungkin inilah kelebihan tanah haram, tidak tercemar dengan dosa dan noda, membuatkan hati hati dan jiwa jiwa yang berada buminya tenang setenang tenangnya.

Belanja la gambar sekeping :)
9 hari berlalu dan kami meninggalkan kota Madinah dan Mekah dengan perasaan yang sangat sayu. Biarpun hanya didalam perjalanan ke Airport Jeddah sudah berasa kehilangan kerana akan pulang ke Malaysia. Dek kerana terlalu lama menunggu untuk flight kami jam 2.30pagi..aku sempat tidur di atas kerusi menunggu. Keadaan airport yang kecik, surau yang terhad tanpa tempat mengambil wudhuk memang sangat tidak selesa. Toilet nya pulak, sangat menyedihkan dan kotor. Aku pun tak faham, sebuah Negara yang kaya dengan hasil minyak tapi tak menyediakan kemudahan asas yang penting sedangkan airport tersebut adalah tumpuan dan sentiasa menerima kunjungan untuk musim umrah yang sekurang kurang 4 kali setahun adalah peak period. Service staf airport jangan cakaplah..sangatlah slow. Rasanya kalau di Malaysia, memang masak lah staf tu kene komplen. Apa nak buat tempat orang, suggestion box pun takda. Terimalah seadanya.

Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan kami selamat tiba di klia. Memang seronok bila sampai di tempat sendiri, dapat ke toilet yang bukanlah bersih sangat tapi masih ditahap boleh diterima jika dibandingkan dengan airport di Jeddah. Sampai je, terus en.suami berhajat untuk menunaikan umrah lagi dan kalau boleh kami nak tunaikan haji sebelum umur 50 tahun. Bukan apa, kesian tengok orang tua yang menunaikan umrah, mereka Nampak penat dan kurang stamina. Kalau tunaikan haji lagilah penat, especially untuk aktiviti melontar. Sebab tu lah kita kena tunaikan haji diusia muda. Insya Allah dipermudakan urusan dan hajat kita semua.


Sebagai penutup, kami menunaikan umrah menggunakan khidmat Syarikat Rayhar. Alhamdulillah servisnya memang bagus. Highly recommended untuk uolls diluar sana untuk menggunakan khidmat nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...