keindahan itu ada di sini...

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang paling baik.

Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Friday, May 15, 2015

Janji Allah itu Pasti..Berjaya Preknen Selepas Hampir 4 Tahun Menunggu

Alhamdulillah..itu je yang mampu aku ucapkan setelah hampir 4 tahun menunggu akhirnya Allah memberikan aku peluang untuk mengandung lagi setelah keguguran kandungan pertama diawal perkahwinan dulu.
Ramai yang Tanya macam mana boleh mengandung?jawapannya mudah..semuanya perancangan Allah. Tetapi memang tidak dinafikan aku & suami memang tak pernah putus asa berusaha. Yakinlah janji Allah itu pasti.
Lepas kawen tahun 2011 dulu aku terus mengandung tapi keguguran masa 8 minggu..time tu memang aku & suami ok je dan menunggu rezeki seterusnya. Setahun menunggu aku belum preknen kami ke klinik ibu mengandung biasa dan mengambil clomid untuk 6 cycle. Tetap tak Berjaya kami pergi pula ke Pusat Rawatan Islam Azzahra Bangi..suami membuat sperm counting dan aku pulak teruskan ambil clomid. Doctor ada menyatakan “Rahim awak jauh ke belakang”..thats it..pastu dia x advise ape2 pun. Pada aku doctor tu memang take for granted patient dia. Hampeh punye service dah ler bayar mahal kat situ. So not recommended..aku jugak buat HSG di KPJ Kajang. Itu semua usaha untuk tahun 2012.
Tahun 2013 memang kami wat lek wat peace je..penat ler..so this year kami focus on jalan2 je. Then masuk tahun 2014..ok aku da start rimas bila sana sini orang dok bertanya bile nak bertiga .At one time aku sampai jawab..”ingat anak tu boleh order je ke?then ade orang wat delivery kat tingkap umah?”..ohhh im so marah man…
So dalam bulan Januari 2014 usaha diteruskan lagi..call klinik dr.hamid arshat..Alhamdulillah dapat appointment date bulan 5..5 bulan waiting time..dasyat dr.hamid mesti meremut patient dia. 1st appointment b’jalan dengan lancar. Banyak process Berjaya di skip sebab dah buat masa kat azzahra yang servis tak best tu. Then bulan August 2014 aku went thru laparoscopy operation dekat Pantai Medical Centre Bangsar. It just a simple operation ramai orang buat termasukla Scha Alyahya(bagi contoh Scha sbb ramai org kenal..). Dr Hamid boleh buat operation ni sambal makan kacang je..hehehe..ye la umor dia dah nak masuk 70..just imagine berapa lama dia buat keje2 ni sume.
Lepas operation aku melalui proses pantang yg biasa2 je..dan menjalani kehidupan macam biasa. According to Dr. Hamid after operation aku x perlu amek clomid or ape2 ubat subur sebab normally within 3 to 6 month patient dia akan naturally preknen. Untuk kes aku, after 3 months masih x conceive. Bulan 11 aku pegi balik jumpe Dr. Hamid sbb nak amek ubat tahan period untuk pegi umrah bulan 12. Doc ade bagi clomid juga..aku kene amek clomid lepas balik dari umrah. Tapi doc sempat b’gurau “selalunya patient dia yang pegi umrah, balik umrah terus preknen”..harapan tu sume doc..huhu..
Masa kat mekah aku memang sesema tahap idung nak t’cabut & keluar spotted colour coklat. Nasib baik aku dah lepas buat 1 umrah. Demam teruk aku kat sana & bole rasa x sedap badan yang lain macam. Time tu aku memang dah yakin aku preknen. Bile spotted kaler coklat tu dah abes aku pun buat umrah mcm biasa. Masa nak buat sa’ei memang aku doa kalo betul aku preknen semoga Allah lindungi aku & kandungan aku. Masa sa’ei tu memang aku kene langgar dengan wheel chair sampai berdarah betis aku..huhu..aku siap nanges depan orang ramai yang amat tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Balik je Malaysia bedesup aku check pregnancy test..itulah hasilnya.. 
Alhamdulillah rupenya kat mekah tu aku dah mengandung 5 minggu. Now dah nak masuk 24 weeks(6 bulan). Baby membesar dengan sihat..bunde nye pun membesar dengan pesat. In sya Allah baby lahir 7/9/2015. This baby is so strong & so special. So to my dear kat luar sana.. yang masih belum preknen ingatlah janji Allah itu pasti.

Friday, March 20, 2015

Selamat Menunaikan Umrah, Tercapai hajat yang pertama untuk 2015

Alhamdulillah aku, suami & ayah aku selamat mengerjakan umrah 22/12/2014 - 5/1/2015..tak sangka hajat nak tunaikan umrah sebelum umur 30 tahun tercapai. Dari KLIA kami naik saudia flight ke Jeddah. From Jeddah naik bas 7 jam ke Madinah. Perjalanan yang memenatkan. Sampai di Madinah kami terus ke hotel then berehat..seterusnya ke Masjid Nabawi untuk solat. Allah je yang tau perasaan kami bila Nampak masjid Nabawi dengan cuaca yang sejuk, sebab bulan 12 mmg musim sejuk kat sana.  Selama 3 hari kami di Madinah, syukur sebab aku sempat solat dan berdoa di dalam raudhah sebanyak 2 kali. Walaupun dengan keadaan bersesak sesak dan bertolak-tolak, tercapai jugak hajat nak solat didalam salah satu syurga Allah tu.

Di Madinah kami melawat ke Masjid Quba, solat di sini pahalanya seperti membuat satu umrah. Kami ke ladang kurma dan tempat tempat bersejarah yang lain. Keadaan di Madinah memang sangat damai dan menenangkan. Selesai solat zohor pada hari yang ketiga kami bergerak ke Mekah dengan menaiki bas. Kami singgah bermiqat/berniat umrah dan meneruskan perjalanan ke Mekah. Kami melalui perjalanan yang agak panjang. Kami solat jamak zohor & asar di Madinah dan solat maghrib & isyak di R&R dalam perjalanan ke Mekah. Keadaan R&R di sini sangat menyedihkan. Membawa bekal makanan dan air untuk ambil wudhuk dan buang air sangat membantu. Boleh dikatakan R&R di Malaysia pada 20 tahun lepas adalah lebih baik berbanding di sana.

Kami sampai di Mekah lebih kurang jam 2.30 pagi. Kami naik ke hotel dan bersiap untuk menunaikan umrah yang pertama.  Dengan keadaan umat Islam yang ramai dan padat, kerana hari khamis malam Jumaat memang orang Arab akan ke Mekah untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami selesai menunaikan umrah lebih kurang jam 4.30pagi. Kami kembali ke hotel dan bersiap untuk solat subuh. Alhamdulillah selama 9 hari kami berada di Mekah semua nya berjalan lancar. Sama seperti di Madinah kami di bawa bermiqat di beberapa masjid dan melawat ke tempat bersejarah di Mekah. Keadaan di Mekah tidak seperti di Madinah. Ternyata di Madinah keadaannya lebih tenang. Begitu juga di Masjid Nabawi keadaannya lebih tenang, lebih tersusun dan lebih bersih dari Masjidilharam. Mungkin kerana proses renovation yang terlalu banyak membuatkan ruang solat menjadi terhad yang memerlukan Jemaah sentiasa berebut. Terutamanya untuk Jemaah wanita, ruang solatnya terlalu sedikit. Habuk dan keadaan tanah yang basah dek kerana renovation membuatkan masjid menjadi kurang bersih. Semoga proses renovation ini selesai dengan cepat menjadikan semuanya lancar. Dan memberikan lebih keselesaan kepada Jemaah.

Di Mekah kami tidak banyak membeli belah kerana kami sudah membeli jubbah dan kurma di Madinah. Fokus di Mekah adalah untuk beribadat, kedudukan hotel yang berdepan dengan Istana dan tidak jauh dari masjid memberi kami peluang untuk kemasjid untuk setiap waktu solat. Selalunya kami akan ke masjid pada waktu subuh, kembali ke hotel untuk sarapan pagi. Kemudian ke masjid lagi pada waktu zohor dan kembali ke hotel untuk makan tengah hari. Namun, apabila ke masjid pada waktu asar kami akan terus berada dimasjid sehingga selepas solat isyak. Begitulah rutin kami di Mekah. Jika kami ingin menunaikan umrah tanpa dibawa oleh mutawif, kami akan bermiqat selepas solat subuh dan akan selesai umrah sebelum solat zuhur.

Sukar nak digambarkan perasaan ketika di Mekah, fokus hanyalah untuk beribadah. Perasaan terlalu berharap kepada Allah terlalu besar. Kepercayaan kepada konsep banyak memberi banyaklah yang kita akan menerima terlalu menebal. Kadang kadang terfikir, kenapa di tanah air sendiri diri dan jiwa ni tak seperti keadaan di Mekah dan Madinah? Mungkin inilah kelebihan tanah haram, tidak tercemar dengan dosa dan noda, membuatkan hati hati dan jiwa jiwa yang berada buminya tenang setenang tenangnya.

Belanja la gambar sekeping :)
9 hari berlalu dan kami meninggalkan kota Madinah dan Mekah dengan perasaan yang sangat sayu. Biarpun hanya didalam perjalanan ke Airport Jeddah sudah berasa kehilangan kerana akan pulang ke Malaysia. Dek kerana terlalu lama menunggu untuk flight kami jam 2.30pagi..aku sempat tidur di atas kerusi menunggu. Keadaan airport yang kecik, surau yang terhad tanpa tempat mengambil wudhuk memang sangat tidak selesa. Toilet nya pulak, sangat menyedihkan dan kotor. Aku pun tak faham, sebuah Negara yang kaya dengan hasil minyak tapi tak menyediakan kemudahan asas yang penting sedangkan airport tersebut adalah tumpuan dan sentiasa menerima kunjungan untuk musim umrah yang sekurang kurang 4 kali setahun adalah peak period. Service staf airport jangan cakaplah..sangatlah slow. Rasanya kalau di Malaysia, memang masak lah staf tu kene komplen. Apa nak buat tempat orang, suggestion box pun takda. Terimalah seadanya.

Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan kami selamat tiba di klia. Memang seronok bila sampai di tempat sendiri, dapat ke toilet yang bukanlah bersih sangat tapi masih ditahap boleh diterima jika dibandingkan dengan airport di Jeddah. Sampai je, terus en.suami berhajat untuk menunaikan umrah lagi dan kalau boleh kami nak tunaikan haji sebelum umur 50 tahun. Bukan apa, kesian tengok orang tua yang menunaikan umrah, mereka Nampak penat dan kurang stamina. Kalau tunaikan haji lagilah penat, especially untuk aktiviti melontar. Sebab tu lah kita kena tunaikan haji diusia muda. Insya Allah dipermudakan urusan dan hajat kita semua.


Sebagai penutup, kami menunaikan umrah menggunakan khidmat Syarikat Rayhar. Alhamdulillah servisnya memang bagus. Highly recommended untuk uolls diluar sana untuk menggunakan khidmat nya.

Friday, January 24, 2014

Nasi Kerabu WhatsApp

Tengok tajuk tu..very the tech advance okey..Mesej yang nak disampaikan adalah berbunyi..hari rabu hari tu aku dengan tak semena-mena masak nasik kerabu. Why?why?...Pagi tu dok layan whatsapp dengan kengkawan..then ade yang dok bercerita pasal nasik kerabu. Ape lagi?teringinla..so sepantas kilat tanya en.asben dia nk tak makan nasik kerabu malam nnt?Ye la..dia tengah mood diet, takut dah masak pastu xde orang nak mkn. Pecah perut nak makan sorg2. Jawapan en.asben memberangsangkan.

Kebetulan pulok aritu ada keje kat site, so balik lewat sikit. "alamak abesla nasik kerabu ai"..aku dok bising kat colleague aku nih. Dia gelak kan sambil bagi sedasss kt aku "bukan u nak diet ke?"...hahaha.."tu start bulan feb nntla.."

So blk tu gigih sggah mydin beli barang2 nak buat nasik kerabu. Suruh en.asben g beli kelapa parut kt kedai runcit. Sebijik dia bantai beli. Adoii..banyak nye. Balik rumah dengan gigihnya masak nasik kerabu..

Ni la rupenye..without nasik..tp nasiknye x biru pun
Tu la rupe lauk pauk nasik kerabu. Tapi nasiknye xde dlm gambar. Nampak x p'agihannya..ikan goreng tepung 2 ekor, telor masin 2 belah..very the mathematical, satu sorg je dapat ye. Yang lecehnye and renyahnye buat nasik kerabu ni bab sambal kelapa tu..nak kene goreng kelapa, rebus ikan, tumbuk plak ikan. Take time kat situ. Kuah tumis tu campak je..tumis bagi lama sikit..sedapla dia. Makan plak ngan keropok cap manggis tu..aduyai..memang terboroi la laki bini..

Disebabkan 1st february dah nak start diet..so pulunla masak ape saje yang terlintas nak makan. Ni la penangan nak diet. Orang kurus kite pun nak kurus. Harap2 this time both of us laki bini akan jadi very high determination and discipline. Our target is 1month = 5kg..hahhhh..tgk tu..besar tak besarnye cita2 kami.

Sekian, terima kasih.





Wednesday, January 22, 2014

Tips Pilih Keropok Keping & Lekor yang Sedap

Kopok keping or kopok lekor ni memang sedap kan?...untuk ai la..orang lain mungkin tak suke, tak makan ikan ke,vege ke,..rase kopok sejenis makanan tak hygiene ke?..terpulangla..Tapi pada ai sedap! But still tengok pada kopok yang korg beli tu..
So ai nak share if korg nak makan kopok yang sedap:

    i) make sure kopok tu banyak dot dot hitam..(maknenye kandungan ikan kopok tu banyak)
Macam kopok ni..kan ade dot dot itam tu..
   
  ii) ni pulak if korg pi shopping kopok kat kuantan yang lepas pintu gerbang sempadan kemaman - kuantan tu..kopok yang sedap adalah kopok cap manggis. Kedai dia dekat deretan kedai yang no. 2. Deret tu tak banyak sangat kedai macam yang 1st row tu. Dia tulis kat signage kedai tu "Keropok Cap Manggis". Kat kedai ni kopok lekor dia pun sedap. Tapi the best keropok lekor 008 yang dekat kelulut, marang tu la. Hanya kopok lekor ok, kopok keping dia x best.
Inilah rupe kopok cap manggis tu..
Sekian dari peminat tegar kopok teganung!

Tuesday, January 21, 2014

Balistik..After 2 years..


After 2 years tak pi tengok movie rasenye berbaloi pi tengok Balistik ni..My review:

1) Jalan Citer : Best
2) Pelakon : Best (cume extra bab tembak menembak tu muke x cukup ganas..plastik SGT!)
3) Critical Thinking: Ada (first time tgk cite melayu yang nk kene berfikir)
4) Bintang: 7/10

Recommended to watch..

Akhir Qalam,
Producer..could u plis stop producing less value movie?..






Thursday, January 16, 2014

Hari Hari Terakhir Seorang Pensyarah

Amboi tajuk tak menahan..ekceli  aku aritu sebelum raya puasa tahun lepas dalam bulan Jun kot ade pegi job interview. Sebab aku punye planning nak masuk industry supaya dapat experience macam2. Ye lah sejak abes blaja aku terus mengajar. Start as part time kat UiTM pastu dapat jadi fulltime tapi apekan daya jodoh tak panjang belum sempat konfem aku dah resigned..pastu joined plak limkokwing. 2 Taun setengah dekat limkokwing aku belajar mcm2 tentang kerja tentang life dan bnyk lagi. Senang  cakap enjoyla keje situ walopun kadang2 stress to the max. Back to interview sape sangka selepas 6 bulan aku dpt kol yg aku dapat job tu. Alhamdulillah rezeki..2 Januari 2014 lapor diri. Aku dapat kol tengah bulan 11 2013. So start bulan 11 bermula lah hari hari terakhir seorang pensyarah. Time jaga exam,dok terpikir lepas ni ade jage exam lagi ke?same jugak time marking paper pun terpikir next time ade marking paper lagi ke?
My last day as a lecturer was on 24 December 2013..Dua tiga hari sebelum tu memang epikla...memang betol la hari hari terakhir seorang pensyarah.
Yang sedihnye aku siap nangis beriye2 time farewell..aku pun kompius nape nangis beriye2..tapi kawan2 pun nangis..ye la 2 taun setengah dok keje sekali..hari2 jumpe..mkn same solat same..mestila sedih.Lepas farewell aku ade cuti seminggu sebelom report duty keje baru. So kawan2 datang lunch kt umah. Meriah..biase la dorg.. 
Yang aku ni plak, mungkinkah akan kembali mengajar atau selamanye dalam industry?..tengokla dulu..tapi hati ni macam tak pernah lupekan job mengajar tu. InsyaAllah aku bole apply part time lecturer. Rumah pun kat Nilai..melambak kolej n universiti..for all frens, sisters, family members at Business & IT Faculty..Thanks and i will miss u all..
Kretip dorg...

Grup foto lepas lunch kat umah..

Monday, January 13, 2014

Akibat Terlalu Lama Tak Post Entry

Salam semua..

Rasanya ai update blog ni setahun sekali je..bole c'gitu?So ape akibat nya?

    1) Password email untuk blog ni hampir2 lupus dari pemikiran. Nasib baik berkat usaha taqwa murni (moto sekolah rendah dulu) berjaya jugak sign in.
    2) Dah tak reti nak create new post..T'hegeh hegeh carik td..tak jumpe button sbenarnye (button ke menu?..)
    3) Some of the information especially my profile dah tak relevan. Pantai pun berubah inikan pulak diriku si camar hina ini.

Ok, tu je lah nak update..semoga entry ni dapat mengubat kerinduan geng2 blogger ai..(ade ke yang rindu?..)

Motip letak pic ni?...
Sape kate camar hina?
Tuh...berdesup terbang..!
(tq to mr google for pic)



Wednesday, February 13, 2013

Summary 2012..Setelah Febuari 2013


Actually..dah lame tak update blog..pada aku, menulis kene ade rasa..ade jiwa..wah gittew...kalo malas..story ape pun x best.
Tahun bertukar..pejam celik2..pejam celik dah 2013..2012 berlalu dengan 1001 cerita. Ade suke ade duke..Last update blog August 2012..sekarang February 2013..more than half year tak buat ape2 pun kat blog ni..So, aku prefer untuk buat summary je la start dari bulan september sampai Dec..senang cite.


September 2012

Bulan ni raye la event paling best..First time aku  raye dengan mertua. Aduila..pagi raye tu mstla sedih..dah 26 tahun raye dgn family sendiri. Tapi yg bestnye family mertua tak balik Kelantan just berhari raye di bangi..okla..faham2 je la..balik Kelantan time raye..jem tak hengat..beribu ribu lemon org..
Lepas tu bulan ni jugak adik ipar aku masuk final hero remaja..dan akhirnya dia dapat tempat ke 3..earon aziz Malaysia katenye..
 

October 2012

Rasenye takde ape pun..raye haji la kot..this time balik jengka. Lepas tu balik jerantut..memang superb..seronot..walopun cuti kejap je.
 

November 2012

Bulan ni tiap2 weekend encik suami ade class..company sponsored study..Kawan2 plak ramai kawen bulan ni. So, pegi wedding kwn2 tanpa encik suami di sisi..so sad..

December 2012

Bulan akhir tahun 2012..1/12 kitorg ramai2 dgn family pegi genting. Sewa apartment MAHB,rm80 je satu mlm.best giler apartment tu ..terbaeekkkkk..this time aku & encik suami telah berjaya naik mende alah “solero” tu..lepas ni tak mo dah main mende tu..mangkuk punye game..kering darah aku takut punye pasal..
Lepas gi genting, kitorg pi penang plak..As usual main objective adalah nak makan best2..kitorg ni sanggup kemana saje untuk makan. Mungkin aku akan buat entry khas untuk penang tu..

Pic Raya Yang dah berkurun Lamanya..
Abang Chik dapat No 3 Hero remaja 2012 & encik suami hero selamanya..
Bujang di wedding kengkawan..:)
Rombongan Cik Kiah..:)

Penang...



Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan di Bangladesh

Selalu dengar cerita yang tak best pasal bangladesh..especially orang2 bangla yang ade kat Malaysia ni..memang malas nak cite..especially tang bau dorg..aduhaiii..kalo boleh nak tahan nafas sepanjang mase kalo jumpe dorg.2 minggu lepas..aku b'peluang ke bangladesh..bile bos cakap aku ngan kak  ya(opismate) kene g bangladesh..aku rileks je.sebabnye x konfem lg pun..alih2 a week after dpt news tu..bos bg tau konfem kene pegi 31 July..flight pukul 10.20 mlm..naseb baik passport x expired lagi sbb baru lagi pegi Indonesia aritu. Sebelum pegi kitorg kene buat visa dulu..so kitorg pun pegi la embassy bangladesh kat KL tu..aku dok imagine embassy dorg cantek macam British high comission..rupe2nye sangatlah sedih..sampai je..penuh bangla dekat situ..compliment dengan bau sekali la kan?Then, masuk je..kaunter nye macam kaunter post opis zaman 90an dulu. Aircond pun xde..pakai kipas zaman dinosour tu..Staff seme taraf2 ayah2 kite..dah tua.Ade satu je PC dlm opis dorg..tu pun dorg x pakai..seme tradisional style.Kalo opis dorg kat Malaysia ni pun mcm tu..aku x bole imagine ape pulak gaye tmpt dorg kt bangladesh nun..Tapi kami b'jaye dpt visa tu. So, mlm yg dijanjikan kami pun b'lepas..naik MAS..masuk2 je..mak aiii...seat kt dlm tu kaler maler..same mcm kaler flag dorg. Seat kitorg agak belakang jugak..org plak x ramai sgt..so kitorg pun dengan pantas amek 2 seat sorg..then tido dengan senang ati. 3jam 1/2  selepas tu kami selamat sampai  kt bangladesh..airport ok jugakla..aku dok bayangkan buruk nak mati. Lepas amek bag..kami pun t'kial2 cari staff Cambrian Kolej yg datang m'jemput. Then nampakla sorg mamat skema pegang nama kami siap dengan bunga sekali. Lega betol bile nampak dia..sebab takut tgk rupe driver teksi yg ramai nak mati..dari airport kami terus ke hotel..x jauh sangat..eastern resident..bole tahan..bile tau je kami dari Malaysia..staff kat hotel tu terus tny "apa khabar?"dorg pandai cakp melayu sikit2 walopun x pnah dtg m'sia. Katenye owner hotel tu partner from bangladesh & malaysia.Dia siap bg tau nama owner dari m'sia sherin..mcmla aku kenal.huhu...Kami sampi kat hotel almost pukul 2am..waktu dorg lambat 2 jam dari kite.sahur pukul 3.30am sebab pukul 4 dah masuk subuh..so aku pun jegilkan bijik mate sbb xmo tidur..nak tunggu sahur dulu..sampai time sahur..dorg hantar food ke bilik..sedap jugak..nasik dengan lauk ayam kari..sayur campur kari ngan ikan terubuk goreng..terubuk goreng tu mang sedap giler.rupe2nye ikan terubuk ikan kebanggaan negara dorg..ikan terubuk dorg gemuk2..x macam kat tempat kite. Then 2 lagi lauk kari dorg tu x bole blah..seme bende nak letak kari..Lepas mkn solat subuh then tido. B'sungguh2 aku tido..sbb badan memang penat. Esoknye bangun siap2 nk g keje. Dalam pukul 11 driver Cambrian Kolej datang amek kami kat hotel.On the way ke kolej tu..kiri kanan jalan penuh dengan homeless..kesian dorg, ade budak2 kecik umor kurang dari 5 tahun main kat tepi jalan. Kalo kat tempat kite, dorg bole dok bawah jambatan, tapi kat sane jambatan pun xde, so dorg memang berumah kotak kat tepi jalan tu je. Atas jalan pulak, kereta memang melambak2..lagi teruk dari Indonesia..just imagine..mmg terrible sangat. sepanjang jalan ade bunyi hon. Actually kami dekat Dhaka..capital city dorg..mungkin sbb tu ramai sgt makhluk. Sampai dekat kolej tu lega sangat..hospitality dorg mmg t'baik..layan kitorg ni mcm kitorg ni org penting sgt dekat limkokwing ni.padahal pencacai mcm dorg jugak..So, dengan sgt tekun dan b'sungguh2 kami melakukan keje2 moderation. langsung tak stop sampai bukak puasa, stop pun untuk solat je. Bukak puase beramai2 dgn management & lecturer kt kolej tu. Lepas bukak puasa kami buat exit meeting..sampai kemalam buat keje..penat giler..setel seme keje, driver hantar kitorg balik hotel..tido t'bukang kitorg.Yang bestnye..second day kitorg kt sane..esoknye tu..its time for shopping..hehehe...mule2 dorg bawak kitorg pegi Mall yg paling besar dekat bangladesh tu..Bashundara City..kalo kt tmpat kite ni ala2 KLCC la..tapi mang tak bole tahan la traffic dia sgt teruk.Traffic light memang xde..kete melambak2..bas dorg buruk giler..dipendekkan cerita macam Malaysia 20 tahun dulu..Sampai dekat mall tu..jgn t'kejutla tgk org kat situ..3 kali ganda org dekat jalan tar time malam raye.ramai giler. mall tu pulak jual baju2 dorg je..ade butik hush puppies ngan 2,3 butik lain.Tu pun xde org pegi..dorg mmg sgt patriotik..tegar..ssh nk influence dorg. Nak jumpe perempuan yg moden pakai jeans ngan tshirt mmg ssh sgt..dorg still pakai punjabi dorg tu.Petang tu kitorg bukak puase dekat mall tu. Seme kedai dekat food court tu penoh..tp dorg bagus..dorg hormat org yang puase, so dorg bentangkan tikar depan panggung wayang kitorg pun duduk b'sila mkan beramai2..syok jugak....aku x beli ape pun kat mall ni..mang x bole blah..baju2 pesen dorg je yg dorg jual. Lepas kuar dari mall tu, kitorg pegi mall lain plak..Aarong namenye..ni depatmental store..ade banyak level..kat sini mmg aku pulun abes. Sebab brg2 dorg kualiti..beli gift untuk opismate..table runner..bnyak la mende lain lagi..seme cantik2 n murah.Puas ati aku..Sedar2 dah pukul 10pm..huhu..kene balik hotel sbb flight balik kol 1.10am..pukul 11.30pm driver dtg amik kitorg nak anta pi airport..Alhamdulillah semenye b'jln lancar..tp in future xmo la g bangladesh lagi dah..huhu..negara dorg mmg sedih..b'syukur sgt kite kat malaysia ni...Dipendekkan cerita..hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, aku ttp prefer malaysia..
Kak Ya with Afroza dlm salah satu kedai kt Bashundara city

Nak jugak amek gamba dlm kedai ni..:)

Menu org tamak..org ade 3 je..tp food ade 4 set..

Sementara tunggu b'buke..

banglalink at the airport

Friday, June 29, 2012

Berweekend di Jakarta & Bandung Part 2

Berakhir satu hari di bandung dan jakarta..Keesokannye pagi2 kami pi brekfes...makan sesedap rase..pegi pusing2 Mangga 2 Square..besar jugak mall ni..tapi balik2 kedai jual baju. Baju same je plak tu. Nasib baik ade 2,3 factory outlet..bole la membeli belah cket lagi..m'beli sakan duit pun da kurang..tapi ok je sebab ATM Maybank ade kat Mall ni. So senang ati...kat Indonesia, BII tu Maybank. Banyak je ATM dia..convenience.Tak payah bawak duit b'juta2 dari Malaysia. Tapi sebelum pegi tu, sila lah aktifkan pengeluaran antarabangsa ye..jgn alih2 nk withdraw je..memang x dapatla. Dah bosan pusing2 dalam Mangga 2, kami pegi balik depan hotel Amaris, amek taksi pegi Tanah Abang. Naik bluebird ok, sebab pakai meter. On the way ke Tanah Abang, lalu depan Monas, Menara kat Jakarta tu..Ramai orang kat situ..lau depan building pentadbiran Negara dorg, ok je building dorg. Building mcm kat Putrajaya tu dah lame dorg ade..Cantik kat sini tapi tak tau ape nama tempatnye. Meter taksi hampir 30000 rupiah..dah bole nampak bangunan hijau..cantik sebab baru painted. Ramai betol org kat sini..memang macet..dekat luar bangunan dah melambak orang b'niaga. masuk dalam lagi la ya Ampun....sangat ramai..Jalan sikit aku da b'peloh2..xde aircond dlm building ni..x tau la kalo aku yang tak rase. Macam2 org ade dekat sini..tak tentu arah kitorg tgk baju, telekong, kain..seme la yg dorg jual tu. Kat sini, kami beli ole2 untuk family..Mulakan pusing dari telekong, baju, kain pasang, langsir, handbag then, ekseseri...pastu x larat dah. Ada level yang kami tak explore..sebab dah tak tahan. So kami keluar dari building tu pegi makan..aku makan nasi dengan sup sapi. Encik husben tak sudah2 ngan bakso. Bila dia tanya mau minum apa?aku tak tau nak jawab ape so tggu je la dia sebut jenis2 air yang dia ade. Bile dia sebut je Tea manis, aku terus cakap tea manis dua..senang cite.Dah kenyang, kami masuk semule dalam mall Tanah abang tu.Tapi cuci mate je la..sebabnye dah borong kain sulam, duit dah xde. siap withdraw duit lagi sekali kt tanah abang tu. huhu.Duit dah tggal sikit, tak berani nak m'beli lagi dah. Spare duit untuk bayar tax dekat airport nanti. Duit taksi pun kene prepare lebih sikit, kalo macet, supir mintak lebih plak. Keluar je dari Mall tanah abang, terus nampak satu taksi bluebird turunkan penumpang.Cepat2 kami kejar..dapat naik bluebird save la sikit. Jauh jugak airport dari tanah abang. Awal2 lagi supir tu dah mintak duit tol dengan parking kt airport. Jalan tak macet pun..alhamdulillah. Dalam pukol 4 lebih kami dah sampai airport..so pusing2 la kat airport dulu.Siap tido2 lagi. Encik husben lapa..ade 2,3 kedai makan je dlm terminal 3 ni. Sudahnye, makan je maggi. Tang solat, lagi sekali aku tak b'kenan dengan Indonesia ni..surau lelaki pompuan sekali je. Time maghrib, lelaki ramai giler solat, celah mane pompuan nak solat. Da la surau kecik.hampeh betol..back to tax yg nak kene baya, aku ingatkan sorg 115ribu..rupenye sorg 150 ribu..banyak jugak...ciss!...setelah betaun dok menunggu kat balai b'lepas tu..sharp pukul 8 kitorg da gerak masuk..tapi tunggu dekat 30 minit jugak, tak b'gerak sebab cuaca tak elok. Gerak je..ape lagi?aku bantaila tido..hehehe..bangun je lapa. Encik husben beli nasi uduk..sedap gak..nasi dgn air pulpa..45ribu..okla..Pukul 12 lebih baru kami sampai kat LCCT, naik cab pegi KLIA, amek kete then balik umah. Penat giler, tapi best...hehehe...Next time nak pegi lagi...:)
Amaris..recommended to stay


Odw ke tanah abang


b'sesak2 kat dalam mall tanah abang..huhu

penat kendong bag..

ni la punce kami cari atm..


Sunday, June 24, 2012

Berweekend di Jakarta & Bandung

 Dari tahun lepas rasenye encik suami b'jaye membeli tiket ke Jakarta total cost RM50 SAHAJA! untuk dua orang.Memang ramai yang makan hati dengan tiket kami yg giler super duper murah ni..hehehe.So, lepas keje 15hb haritu..aku b'gegas balik rumah.Then siap2 untuk ke Jakarta. Sebok sangat keje kononnye..sampai pack baju pun beberapa jam sebelom gerak. Encek suami dah siap2 kt umah sebab dia cuti. Dah setel seme,kami b'gerak ke KLIA. Park kerete dekat KLIA then naik bus g LCCT..besela orang susah..naik AirAsia je mampu. Naseb baik bus nak ke LCCT tu banyak dan sampai ke malam. Dah sampai, perut lapa la pulak..aku pun beli Hot & Roll, besenye kat Limkokwing RM3.40 je..kat LCCT tu RM 6.50..aku dah rase nak join bisnes tu je..cepat cket kaye. Perut dah kenyang aku pun dok diam2..Encek suami sibuk dok bace magazine convergence..alaaa..dapat free kat airport..B'sungguh2 dia m'bace. Jap lagi. dorg buat enosmen, flight delay 1 jam..Cisss!..aku pulak bace convergence sebab bosan tahap gaban dah. Akhirnya..aku rase almost pukul 12am baru la b'lepas. Sampai Jakarta pukul 2 tapi pukul 1 la dekat Jakarta,sebab kat sane lambat 1 jam dari kite. Sampai je b'gegas amek teksi ke Amaris Hotel, Mangga 2. Dengan bangganya kitorg anggukkan aje bile supir tu cakap tambang 250 ribu..lantak kan aje walopun mahal sebab penat sangat. Sampai kat hotel dalam pukul 3am..naseb baik hotel tu best. Walopun murah RM120 per nite tapi service dia macam yg RM200+. Subuh kat sane awal..pukul 4 lebih dah subuh. T'kejut jugak badan ni. ..Pagi nye kitorg g bekfes..aku x expect pun nak mkn sedap2 sangat sebab hotel murah..tapi bile sampai je..senonoh je makanan dorg.Variety and sedap..tak sia2 datang makan. Lepas makan..kitorang slumber je turun bawah, pastu nampak ade org dok menunggu bus/teksi. Tanya dorg nak g mane, dorg cakap Bandung. So kitorg pun join la..tambang 62 ribu sorg. Slumber je kitorg naik van yang macam bus tu dengan orang2 jakarta tu. Kitorg ingtkan dekat..rupenye jauh nak mati..siap supir tu benti R&R lagi..tido bangun..tido bangun tak jugak sampai..dekat 2 jam dah p'jalanannye..Tibe sampai dekat area tanah tinggi yg sejuk tapi sangat macet(jammed)...dah nak masuk bandung rupenye. Kete b'deret2 tu sebab tol..tol dorg sedih giler..lepas je tol..senang ati aku..sebab dah smpi.Seme orang dalam van tu dok mengarahkan supir suh benti kat tempat dorg nak turun. Yang kitorg ni tak turun2..sampaila supir tu tanya kitorg nk g mane?huhu..dengan bangganye encik suami cakap kami nak ke tempat shopping. nasib baik supir tu fast learner..hehe.terus dia cadangkan pasar baru & rumah mode. Tapi kami x nak g pasa baru, sebab tau kt situ macet giler. So kitorg pun turun then sambung naik taksi lain, supir tu anta g rumah mode, tambang 50 ribu, mahal sebab pakcik van tadi tu cakap tambang sebenar cuma 40 ribu. belanje la supir taksi tu 10 ribu..(macam kaye sangat..)sampai kat rumah mode tu kami dah tak tentu arah tgk seme murah2..tapi dengan hati yang sabar,pegi makan dulu dekat restoren masakan padang x jauh dari rumah mode tu. kami duduk je, melambak2 lauk waiter tu letak, aku dah kompius..sape nak mkn ni?encik suami lagi kompius..sape nk baya banyak2 tu?Waiter tu mcm paham je, terus dia cakap"bayar hanya yang di makan pak"..fuhhh..lega. Aktiviti makan pun b'langsung dengan jayenye.memang sedap tak tau nak cakap la..dah setel makan, time baya, hargenye dekat 120 ribu rasenye..almost rm40..tapi mmg b'baloi..sbb restoren tu semenggah & cantik.Lepas makan, solat dulu..yg aku tak b'kenan surau tu t'buka, cume ade divider rendah paras pinggang je antara tmpat solat lelaki dengan wanita. tempat amek wudhu' pun sekali je. Agak tak selesa jugak la. Lepas solat kami mulakan aktivity m'beli belah..b'kali2 aku pusing seme baju2 pompuan kat situ.Encek suami pun same..sebab seme yang mahal kt m'sia ni..murah gler kat situ.Burberry ade..guess ade..topman ade..H&M ade..seme la ade. Seme dah amek bahagian masing2..baya then time for makan cendol..cendol kat situ..wallawey..sedap sngatlah!...Kuar rumah mode kami pusing2 area situ, tapi tempat lain x best..So kami pun amek teksi, pegi semule kat tempat van tadi turunkan kami. Tunggu la kat situ, sampai van tu sampai. Penuh van tu ngan org2 indon..kami je pelancong..(wahhh...pelancong..)odw balik mang nak tido je. Bile sampai kat R&R, supir tu benti lagi. Orang lain pegi makan..entah ape2 entah je makanan kat situ. Aku plak g beli brownies kartika sari..nyum2...mang x tahan ngan bau brownies ni. Akhirnye..dengan badan yang bau ala2 kambing..kami b'jaye sampai ke hotel dengan selamat. Tapi sebelum naik hotel, kami makan dekat Pagoda area..happening tempat ni..siap ade liveband..bawah hotel je..okla..nanti sambung lagi berweekend di Jakarta & Bandung part 2.
Ni diaaa...makanan org lapar..nyum2..


ni la dia tempat tunggu van ala2 bus tu..


Suke sangat pegi rumah mode..
setelah penat m'beli belah..:)

Thursday, June 7, 2012

6 Tips Kempiskan Perut

Just wanna share...article from Yahoo Malaysia
Google Pic

Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen?

Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan. 

Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang. 

Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

Jangan berulam air ketika makan Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. 

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.



Tuesday, May 1, 2012

Weekend di Taiping & Cameron Highland

 Dah lame aku berangan nak pegi  lake Garden, Taiping. Ni semua tercetus bile tengok movie SEPI dulu. Dorg  berlakon kat lake garden..cantek giler aku tgk lake garden kat dlm tu. Lepas tu, ade 2, 3 magazines & newspaper cover cite pasal lake garden. Lagi la aku rase nak pegi. Selepas lake garden, aku  kemaruk nak makan mee udang mak jah pulak, lepas tgk meet u keluar dekat majalah tiga. Memang sedap giler tgk dalam tv tu..mee udang kuala sepetang. Ni semua dekat Taiping.so last weekend dengan jayanye aku ngan encek husben pegi Taiping. Kami pi hari sabtu, dalam kol 9.00am kot bertolak then sampai betol2 dekat  hotel (taiping golf resort) dalam kol 12.30pm. Terus check in..boleh tahan la resort ni..jauh sikit dari Bandar(kamunting), is about 3 kilos..xde la jauh sgt sebenarnye. Lepas check in, kitorg lepak kejap kt bilik, solat zohor..then keluar pegi lunch dalam pukul 2.30pm. On the way nak ke Bandar taiping, akan lalu penjara taiping..near to penjara tu, ade satu kedai makan nama dia MOM’S PRISON CORNER..tuuu dia..nama xnak kalah. Dekat kedai ni, walopun dah pukul 2..lauk dia bole tahan lagi..still ade options, pelanggan pun ramai lagi yg datang. Mungkin sebab Taiping ni kurang kedai makan Melayu. Aku amek patin tempoyak belah ekor.Nak rase patin tempoyak taiping, boleh tak kalahkan patin tempoyak temerloh. Encek husben amek masak lemak siput sedut. Rase kedua2 lauk ni memang sedap giler…. Menariknye siput sedut ni dia campur dengan nenas..jarang jumpe siput sedut campur nenas. Lepas makan, kitorg pegi museum perak..dekat je ngan kedai makan tadi, berdepan dengan penjara kamunting, taiping.Ini adalah penjara yang pertama kt Malaysia ni. Masuk museum tu free je..tp x menarik sgt..Then, kami teruskan pulak ke lake Garden..sebelah je ngan zoo taiping. Dari jauh dah Nampak pokok2 dikiri dan kanan jalan yg sgt best kt lake garden.cantik giler..so kitorg lepak situ kejap, amek gambar & makan rojak buah..makan lagi?hehehe
Patin Tempoyak taiping

Mee Udang Mak Jah


 Setel aktiviti makan di lake garden..kami meneruskan pulak perjalanan ke kuala sepetang. Dalam hati ni x saba nk tgk rupe mee udang mak jak. Masuk je kuala sepetang tu, rupe2nye banyak kedai jual mee udang. Selain mak jah, ade mak the dan beberapa gerai lain. Jauh jugak masuk kedalam, baru bole jumpe kedai mak jah ni. Tapi dari jauh dah bole kenal kedai dia, sbb kerete bederet2 parking mcm kenduri kawen. Ramai org kt kedai dia,..dengan bangga nye kitorg order mee udang..sementara tunggu mee udnag tu, kitorg order pulak cucur udang..makan  je la kejenye. Bile dpt mee udang..huhh..marbeles!mmg sedap..udang dia manis..mee udang biase yg kitorg order ni, RM7, kalo mee udang special rm 12,rasenye itu mee yg penuh udang smpai x Nampak mee.Yg biase ni ade dlm 6 ke 7 ekor udang je. Tu pun x larat nk mkn dah.Puas ati dpt mkn mee udang Mak Jah. 
Pic di Museum
Lake Garden

Kami..di Lake garden..

Cantekkkk..
sangat cantek...:)
 Makan punye banyak sampai x larat nak bawak diri dah aku ni..Kitorg terus gerak balik hotel..lepak sampai lepas isyak..baru keluar semule pegi night safari..ramai org yg pegi night safari ni..tiket dia rm16, pastu staff dia akan bawak kite pusing zoo tu naik train. Train xyah baya dah..dia charge sekali ngan tiket tu. Okeyla..if x salah kalo kt zoo Negara, train kene baya lain, walopun tiket zoo tu dah mahal. Bole tahan besa jugak zoo taiping aka night safari ni..turun2 je dari train tu..mmg x bole tahan bau najis gajah…kitorg pun terus keluar..snap pictures cket dan beli fridge magnet. Then terus balik hotel..

Esoknye..pagi2 g brekpes..tempat bekfes tu dlm 300 meter dr hotel, penat jugak kalo nk jalan.kitorg pegi naik kete, bole tahan la makanan dia..roti jala dia, terrbaikk wokkk…J..lepas makan je kitorg terus ke last destination..Air terjun bukit Jana..dekat je ngan hotel tu..air dia makk aii..sejuk giler..lagi sejuk dari air kat sungai congkak tu..layan mandi kejap je..sbb x tahan sejuk sgt.
Air Terjun Bukit Jana


Cameroon..:)

Sangat Senang Hati
Dalam pukul 10.30am kitorg dah check out, sbb nak singgah Cameron highland..Cameron highland punye cite, jammed giler kt atas tu. Punyela ramai org pegi Cameron..ladang tea sungai palas tu pun sesak..seme pakat nak amek gamba mcm dlm ombak rindu..kitorg pun samela.  Alang2 g Cameron, aku beli bunge lavender..org jual tu ckp bole tahan 700 hari..sebab dah awet..xyah taruk air. So far, bunge ni ok lagi.x kecut pun..Pastu beli sayur n strawberi..pukul 5.30pm kitorg baru nk turun dari Cameron.Pastu hujan lebat plak..memang terhegeh2 la. Da la kitorg ikut simpang pulai, sbb katenye jalan tapah jammed teruk. So jauhla cket perjalanan. Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat. Next destination ..Jakarta bulan 6 & Kuching bulan 9…In conclusion, Taiping best….:)

Monday, April 23, 2012

Hadiah Birthday Saya...


Semalam 22/04/2012 is my birthday..alhamdulillah dah 27 tahun aku hidup atas muka buku bumi ni. Alhamdulillah jugak sebab dugaan yang Allah bagi tak hebat macam orang lain. Semuanya berjalan lancar. Sempena dengan birthday encik suami Tanya nak hadiah ape?sebabnye aku ni jenis tak reti berlakon kalo aku tak suke ngan hadiah yang dia bagi. So, better dia Tanya je aku, apa aku nak?..Dengan yakin nye aku jawab nak “OVEN”..dia gelak…”betolke nak oven ni?”..boleh tak caye plak..betol la tu. Maka dapatla aku sebijik oven yang sederhana besar kat dapur tu. Pastu aku plak x tau nak bakar ape? Endingnye aku buat roasted chicken. Lepas ni kene blaja buat kuih raye la pulak kot..sebenarnye memang tu azam aku.Kalo boleh tahun ni xnk beli kuih raye. Nak buat sendiri…wahh gitu…
Berbalik pada bufday aku..bufday hari ahad..tapi sabtu encik hasben ade exam..ahad dia ade kelas. Kesian jugak la kat aku..dok terkedang je kat umah di hari bufday sendiri. Tapi encik hasben macam usahakan jugakla nak celebrate bufday aku. Semalam time lunch dia cakap nak balik lunch..so aku pun masakla. Sebelom ni tak pernah pun kalo dia g kelas, dia balik lunch. Selalunya dia balik pukul 6 la..lepas kelas seme setel. Rupe2 nye dia beli kek..so secara kecil kecilan kitorg celebrate. Thank you dear.. 

Macam ni la rupa hadiah saya ye...tq to encik  google..

Monday, March 26, 2012

Menu Pertama Sempena Menjadi Isteri yang Rajin..Nasi Goreng USA katenye..

Dah lama aku buat perangai malas nak masak..balik keje je suh encik suami mkn cyap2..mmg malas gler..Tibe2  tengah hari tadi kat opis, rase nak jadi seorang isteri yang rajin.Wahhh..gitu…Terus aku sms encik suami..”from today on wards sy nak jd isteri yg rajin, so malam ni sy nak masak, awk nk makan ape?”…Encik suami balas sepantas kilat “nasi goreng USA”..ni la yang buat aku malas nak Tanya. Over betol jawapan dia. Takpe dgn penoh yakin aku balas balik..”amboi..awk ingat ni waitress kedai makan ke yg Tanya?tp disebabkan sy nak jadi isteri yg rajin, xpe …saya masak”

So balik umah, singgah kedai runcit dan b’gegas masak. Tapi daging plak xde, cane nak wat nasi goreng USA ni?..Dengan penuh inovatif pakai je ayam yg ade dlm ice box tu..Lepas solat maghrib..dengan senang atinye kitorg makan.Maka..hancurla jadual diet saye ye..harap2 esok encik suami order menu yg ringan2 cket ea. 

Ni la dia..nasi goreng USA , ayam instead of daging yg kitorang makan tadi...:)

Wednesday, March 14, 2012

Genap setahun & Langkawi

Alhamdulillah, 6/3 haritu da genap setahun usia perkahwinan kami…tak sangka da setahun, rasa macam baru je lagi kawen. Aku pun tak ingat pagi tu was our anniversary date..time nak turun kete, salam ngan encik suami then dia cakap “da setahun kite kawen yang..”..eh?cane aku bole x igt ni?huhu..
10hb lepas kami pegi langkawi..bukan pegi nak celebrate ulangtaun pun..saje nak jalan2 tuka angin. Pegi ari sabtu balik ari ahad..hehehe..sehari je. Kitorg naik firefly rm36 untuk 2 org pegi balik..memang makan ati la seme org sbb kami dapat very the low price tickets.. Dalam kol 9.15am kami dah sampai kt skypark..lepak sampai kol 10.45am baru gerak. Lepas 1 jam 10 minit da sampai langkawi. Kejap je..tapi  sempat jugak aku tidur 2 rounds..hehehe.
Kami Yang Gemuk
Dah sampai..bole tahan jugak orang kt airport tu..tunggu kete sewa dalam 20 minit c’gitu. Brother tu sampai then bawak kami pegi pekan kuah, sebab ketenye kat sane. Lepas amek je kete, kitorg pun b’gegas ke Cenang Rest House..biliknye xde la elok sgt..nama pun rest house ..so what do you expect kan?biase2 je la..lepas mandi ngan solat zohor..perjalanan b’mula. Mula2 pegi cari makan kat padang mat sirat, jumpa satu kedai ni “Jom Ikan bakar”..Ikan dia mmg super power..kitorg order siakap bakar..perhhhh…sedap sgt sbb ikan dia fresh..manis lagi..Lepas makan je ..mata da layu..ye la mmg tgh hari bute ..time tido la kot. Tapi encik husband cbok ajak g tgk beras t’bakar. So layan kan je..sbb dia da lama sgt x dtg langkawi. Aku baru jugak la kot,time wat master dulu ade join bdk2 mascomm nye trip dtg langkawi.
Lepas puaskan ati encik husband g tgk beras t’bakar tu, kitorg gerak g makam mahsuri plak. Dan2 tu la minyak kete nak abes..da klip2..jln punye jln x jmpe petrol station. Cuak jugak dah aku..kang x pasal2 kene tolak kete panas2 bute ni. Akhirnye b’jaya isi minyak kete..then sampai jugak kat makam mahsuri tu..suke la encik suami..dah penat2 kt situ..kitorg pegi plak ke cable car..mak aiiiih ramai gler org kat situ. Sampai aku suruh encik suami lupekan je la niat dia nak naik cable car tu. Dia setuju je ngan aku bile tgk org beratur mcm nak mengundi tu..Setel seme aktiviti kitorg gerak balik, tapi singgah makan laksa power kat blakang airport. Tak power mane pun laksa nye.Agak kecewa..sbb aku sebenarnye nk makan laksa kaw. Bole pulak makcik kedai tu x bukak kedai..huhu..sgt kecewa ye..lepas makan singgah solat asar jap. Pastu balik bilik yg serbe sederhana tu.
While waiting @ skypark..

Sampai2 je da azan maghrib..maka hancurla ati encik suami yg b’cadang utk mandi laut kt pantai cenang tu. Kitorg releks kejap. Pastu lepas isyak dlm kol 9pm kluar smule g pekan kuah. Nak beli coklat..aku mang x plan nk beli pggan mangkuk pun sbb mmg pegi utk jalan2 je, bukan shopping. Kitorg dok dalam kedai Haji Ismail Group sampai dorg nak tutup kedai. Tapi dorg tutup kedai awal..dalam 10.30pm gitu..patutnye tutupla lewat cket..org ramai kot. Orang da tutup kedai kitorg balik ke pangkal jalan..balik bilik ler tu..tukar baju leisure cket then jalan2 kat area pantai cenang tu je..mkan burger..okla..sampai mate dah x larat bukak, balik bilik then tido…! Satu hari yg fully utilized. We have done all activities which should be done within 2-3 days.
Bangun je pagi esok..lepas solat subuh..encik husband cepat2 g mandi laut..pantai cenang tu mmg cantik..putih je pasirnye..aku x kose nak mndi laut..lps mnd & cyap2, kitorg kuar mkan bekfes kat area pantai cenang tu jugak. Lepas tu g pekan kuah balik sebab semalam x sempat g dataran lang. g langkawi kenela amek gamba kt burung helang tu kan?Tapi sebelom tu sempat lagi singgah kat haji ismail group..beli cket lagi cokelat then survey harga pinggan mangkuk. Next time bole la dtg utk shopping plak. Last place is dataran lang..amek gamba puas2 pastu gerak g airport..Yang best tak sampai 15 org pun dlm flight time balik tu.budak2 bising pun xde.so aku pulun tido puas2.hehehe..Flight 12.45pm by 1.30pm kitorg da smpai subang..very nice weekend we had…J…we will go to Jakarta somewhere in June..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...