keindahan itu ada di sini...

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang paling baik.

Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Thursday, October 20, 2011

Mari Nuetralkan Kemaharan Rentetan Kes Budak 2 Tahun Dilanggar Di China



Pemergiannya memberi impak yang sangat besar hampir ke seantero dunia, kejadian yang menimpanya membuka mata dan hati banyak pihak yang bergelar manusia.  Hanya kesedihan serta kemarahan yang mengiringi pemergian adik Yue Yue (atau mungkin namanya Yuen, x pasti). Kehilangan paling besar sudah pasti dirasai oleh ibunya, dengan perasan penuh kesal dan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku. Kita semua memandang undang-undang dan budaya di China sebagai punca rakyatnya menjadi tidak berhati perut, yang kadang kalanya kita boleh menganggap mereka TERPAKSA menjadi sebegitu kerana undang-undang yang entah di mana nilai positifnya.
Apa yang aku boleh katakan, kita semua harus mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku. Jika kita tidak lagi memandang orang(mahupun binatang) yang di dalam kesusahan dengan perasaan kesian dan ingin menolong pasti ada yang tidak kena dengan diri kita sendiri. Mintak kita semua di jauhkan daripada bersikap sedemikian. Marilah kita meneutralkan kembali kemarahan kita terhadap China yang mengamalkan undang-undang sebegitu (mungkin antara yang tidak bertamadun). Fokuskan pandangan kita terhadap kejayaan China membangunkan ekonominya dengan Berjaya. Menjadi pusat tumpuan pelabur besar dunia, mampu mencabar pasaran besar seperti Eropah. Mungkin juga kita boleh mengamalkan sikap kuat bekerja dan suka berniaga yang mereka telah buktikan mampu mengubah keadaan Negara mereka.  Untuk ibu bapa, jaga dan awasilah anak-anak kita sebaik yang mungkin. Walaupun malang tidak berbau, ajal & maut di tangan Tuhan, kita tetap diberi peluang utk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak.
Semalam, di dalam kelas, aku ada bertanyakan komen beberapa pelajar yang berasal dari China tentang kejadian ini. Ramai di antara mereka yang tidak mahu menjawab kerana perasaan kesal dan malu apabila kejadian sedemikian berlaku di Negara mereka.  Tapi rata-rata pelajar yang berasal dari China tidak banyak masalah(yang aku ajar je la). Mereka semua memang rajin walaupun ada masalah bahasa inggeris yang teruk. Selepas habis kelas, aku nak kembali ke opis, tapi hujan sangat lebat dan semua orang stuck di bangunan kelas tu. Tiba2 datang seorang pelajar China, nama dia Hu Shu Yong, bawak payung dan tolong aku lalu hujan tu. Aku ingatkan dia nak tolong aku je, sebab aku Lecturer dia, tapi tak…dia tolong semua orang yang ada dekat situ. So, 5,6 kali jugakla dia pegi balik utk payungkan orang2 yang stuck kat situ.  Kadang2 kita pun tak mampu nak buat baik macam tu.
Ni la dia Hu Shu Yong budak baik tu...(nak letak jugak pic dia..hehe)
Ni Yue2 time Kritikal

Doakan semoga tak berlaku pd kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...